AGENSI

MBI sokong inisiatif martabat industri seni di Selangor

28 Ogos 2022, 9:17 AM
MBI sokong inisiatif martabat industri seni di Selangor
MBI sokong inisiatif martabat industri seni di Selangor

SHAH ALAM, 28 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI terus mendukung sebarang inisiatif kesenian dalam usaha memartabatkan industri tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Norita Mohd Sidek berkata sebarang pertumbuhan kesenian di Selangor khususnya Shah Alam sebagai pusat pentadbiran sentiasa dialu-alukan.

"Sebagai pemegang dan penjaga aset, MBI bertanggungjawab memastikan Selangor diurus dengan baik terutama dalam menjadi negeri pintar menjelang 2025.

[caption id="attachment_537600" align="alignright" width="380"] Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Norita Mohd Sidek. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Untuk tujuan itu bukan sahaja bagi aspek kerajaan, digital dan ekonomi tetapi kesenian juga. Kita tidak boleh kerja sahaja tetapi tiada nyanyian, puisi tidak jadi, tiada kemanisan dan kelembutannya," katanya semalam.

Beliau berucap pada program Malam Gurindam Shah Alam anjuran MBI yang berlangsung di Blackbox, pusat beli-belah SACC Shah Alam di sini.

Dalam program tersebut, penyanyi Ana Raffali antara selebriti yang memeriahkannya sempena sambutan Hari Kebangsaan selain pemuisi terkenal Pyanhabib dan naib juara program Lawak Solo 2016 Mad Sabah.

Program julung kali diadakan secara percuma itu dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor bertujuan mewujudkan budaya kota seni di Shah Alam selain menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619