AGENDA

Peruntukan rumah ibadat bukan Islam ditambah kepada RM10 juta tahun depan

28 Ogos 2022, 2:30 AM
Peruntukan rumah ibadat bukan Islam ditambah kepada RM10 juta tahun depan

KUALA SELANGOR, 28 OGOS: Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan RM10 juta untuk rumah ibadat bukan Islam di negeri ini pada tahun depan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu ditambah RM3 juta lagi berbanding ketika ini untuk kemudahan penganutnya.

"Sekarang RM7 juta dibelanja untuk rumah ibadat masyarakat bukan Islam. Malah, negeri-negeri lain juga mengikuti kita sejak empat ke lima tahun ini dengan peruntukan RM10 juta.

"Saya telah maklumkan kepada YB Gana (V Ganabatirau) dan dibincang dalam mesyuarat EXCO, tahun depan peruntukan untuk rumah ibadat masyarakat bukan Islam termasuk kuil dinaikkan RM10 juta dari jumlah sebelum ini," katanya.

Beliau berucap pada program Pakatan Harapan (HARAPAN) Indian Road Show di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini semalam.

Sejak HARAPAN memerintah Selangor pada 2008, peruntukan rumah ibadat bukan Islam berjumlah RM3 juta setahun sebelum dinaikkan kepada RM6 juta enam tahun kemudian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619