AGENSI

MB: Selangor diterajui HARAPAN tidak pernah gagal bantu rakyat

28 Ogos 2022, 1:00 AM
MB: Selangor diterajui HARAPAN tidak pernah gagal bantu rakyat

KUALA SELANGOR, 28 OGOS: Kerajaan Negeri diterajui Pakatan Harapan (HARAPAN) (dahulu Pakatan Rakyat) sejak 2008 tidak pernah gagal dalam menjaga kebajikan rakyat.

Malah Dato' Menteri Besar memaklumkan usaha membantu rakyat diteruskan walaupun terdapat pihak tertentu memberi imej buruk dengan mendakwa HARAPAN gagal mentadbir Selangor.

"Sejak 2008 lagi macam-macam perkara kita difitnah dan diburuk-burukkan. Mereka mengatakan bahawa jika kita perintah duit habis.

"Saya nak beritahu masyarakat India di Kuala Selangor, setiap tahun sejak mula mentadbir Kerajaan Negeri, kita membelanjakan RM100 hingga RM200 juta tetapi sekarang ada 43 program dengan memperuntuk RM500 juta untuk rakyat.

"Daripada lahir, anak masuk sekolah, peruntukan rumah ibadat, bantuan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, baucar Jom Shopping, Back to School kita peruntuk RM600 juta tanpa gagal," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada program HARAPAN Indian Road Show di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini semalam.

Tambah Amirudin, selain itu, Kerajaan Negeri juga berjaya menambah jumlah rizab negeri berbanding Barisan Nasional (BN).

"Saya nak beritahu rizab Selangor atau simpanan ada RM3.4 bilion iaitu lapan ke sembilan kali ganda berbanding ditinggalkan mereka.

"Kita boleh buat sebab kerajaan kita bermula Pakatan Rakyat kini HARAPAN sentiasa pastikan buat yang terbaik dan tiada rasuah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619