AGENDA

Covid-19: 3,118 kes baharu, enam pesakit meninggal dunia

27 Ogos 2022, 2:04 AM
Covid-19: 3,118 kes baharu, enam pesakit meninggal dunia

SHAH ALAM, 27 OGOS: Jangkitan harian Covid-19 turun sedikit kepada 3,118 kes semalam berbanding 3,206 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,771,512 kes dengan 35,737 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 34,294 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,345 kes menerima rawatan di hospital, 75  kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 23 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 62.9 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 20.1 peratus.

Semalam, sebanyak enam kematian dilaporkan termasuk tiga di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik melanda negara adalah 36,145 orang kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619