AGENDA

Ketua AMK seru mahasiswa perjuang isu elaun latihan industri setimpal

24 Ogos 2022, 9:36 AM
Ketua AMK seru mahasiswa perjuang isu elaun latihan industri setimpal

PETALING JAYA, 24 OGOS: Mahasiswa perlu memperjuang isu elaun latihan industri yang tidak setimpal berbanding menyerahkan perkara itu kepada menteri, kata ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Adam Adli khuatir tuntutan yang dibawa mahasiswa senasib dengan beberapa isu berkaitan pekerja yang tiada jalan penyelesaian selepas diadukan kepada menteri.

"Kita boleh beritahu pada menteri dan kerajaan tetapi apa yang diusahakan selama ini seperti gaji minima, kerja lapan jam dan sebagainya itu diusahakan dan diperjuangkan golongan pekerja itu sendiri.

"Nak tunggu menteri, korporat untuk mulakan jangan harap ia mesti dimulakan oleh mereka yang bekerja. Dalam isu pelajar industri ini kamu kena mulakan, kumpul pelajar industri ramai-ramai buat hartal lepas tu 'demand'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Youth Talk 'What The Future Holds For Malaysian' di The Bibliophile Cafe di sini, malam tadi.

Terdahulu, seorang pelajar industri membangkitkan isu elaun yang tidak setimpal diterimanya bersama rakan-rakan sedangkan mereka perlu mengeluarkan belanja untuk ke tempat latihan.

Ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi kerajaan pusat berhasrat menaikkan kadar elaun latihan praktikal di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan daripada RM300 sebulan kepada kira-kira RM900 sebulan.

Menteri Belia dan Sukan ketika itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perkara itu diputuskan kerajaan dalam mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet anak muda pada 19 Ogos 2019 dengan peningkatan kadar elaun lebih tiga kali ganda itu mula berkuat kuasa pada 1 September 2019.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619