AGENDA

Pembangunan Genting Highlands Hulu Selangor tidak libat hutan simpan

23 Ogos 2022, 7:36 AM
Pembangunan Genting Highlands Hulu Selangor tidak libat hutan simpan

BENTONG, 23 OGOS: Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Genting Highlands Hulu Selangor yang dirasmi hari ini membabitkan pembangunan tanah seluas lebih 400 ekar di sempadan negeri ini dan Pahang.

Dato’ Menteri Besar bagaimanapun memberi jaminan rancangan terbabit tidak menyentuh hutan simpan dan kawasan tadahan hujan selain tidak melibatkan cerun sensitif yang boleh mengundang bencana.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan RKK itu mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan susulan pembinaan hotel serta pusat beli-belah selain memajukan kawasan sedia ada.

“Kerajaan Negeri mengutamakan kelestarian alam sekitar seperti kawasan hijau dan tadahan. Semua aspek ini diambil kira selain kita akan mendengar pandangan pemegang taruh dan pihak berkepentingan.

“Rancangan khas ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan aset serta tarikan pelancongan sedia ada. Draf ini perlu bagi pembangunan daerah yang mampan, pintar dan mesra pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Genting Highlands Hulu Selangor di sini hari ini.

Majlis yang berlangsung di Geo Resort & Hotel turut dihadiri EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han, EXCO Pelancongan Hee Loy Sian dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Mohd Hasry Nor Mohd.

Draf oleh MPHS dan PLANMalaysia Selangor bertujuan meningkatkan potensi pembangunan tanah sekitar Genting Highlands yang berada dalam kawasan Hulu Selangor.

Dokumen itu juga bakal menjadi garis panduan bagi melaksanakan pembangunan lestari yang tidak akan memberi dampak negatif kepada alam sekitar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619