AGENDA

Rosyam Nor antara selebriti meriahkan ekspo usahawan September ini

23 Ogos 2022, 2:45 AM
Rosyam Nor antara selebriti meriahkan ekspo usahawan September ini
Rosyam Nor antara selebriti meriahkan ekspo usahawan September ini

SHAH ALAM, 23 OGOS: Selebriti tanah air Datuk Rosyam Nor antara selebriti yang bakal menyertai Ekspo Usahawan Selangor 2022 (SELBIZ2022) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 3 dan 4 September ini.

Selain pelakon dan penerbit tersebut, beberapa artis turut menyertai program julung kali itu termasuk Rozita Che Wan, Lan Solo, Syura Badron, Norman KRU, Siti Sairah, Nana Mahazan serta pasangan Khai dan Rosma.

Ekspo yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam itu turut menampilkan beberapa pakar serta profesional yang akan berkongsi ilmu berkenaan pemasaran, akaun serta aliran wang tunai.

Ketua pengarah eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata program bagi membantu peniaga kecil mengembangkan produk jualan selain menyasarkan transaksi urus niaga antara RM2 juta hingga RM5 juta.

Dato’ Mahmud Abbas berkata ekspo mendapat kerjasama beberapa agensi terkenal antaranya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME Corp, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619