AGENSI

Jabatan Mufti Selangor muncul naib juara Liqa' Mahabbah

22 Ogos 2022, 3:12 AM
Jabatan Mufti Selangor muncul naib juara Liqa' Mahabbah

SHAH ALAM, 22 OGOS: Jabatan Mufti Selangor meraih naib juara Liqa' Mahabbah Jabatan Mufti SeMalaysia yang diadakan di Kuching, Sarawak pada minggu lalu.

Jabatan itu memaklumkan pihaknya berjaya memenangi beberapa pingat sepanjang program anjuran Jabatan Mufti Sarawak pada 13 hingga 15 Ogos.

"Seramai 35 atlet menyertai 11 acara dipertandingkan pada kali ini bertempat di Universiti Malaysia Sarawak.

"Jabatan Mufti Selangor merangkul beberapa pingat melalui acara bowling, merentas desa, tarik tali, pingpong, futsal dan badminton," katanya menerusi Facebook.

Katanya, secara keseluruhan Sarawak muncul juara Liqa' Mahabbah, diikuti Selangor dan Negeri Sembilan di tempat ketiga.

"Tahniah kepada kontinjen semua negeri dan Jabatan Mufti Sarawak sebagai penganjur kali ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619