AGENDA

Menteri: KKM selesai 92 peratus kes tertunggak bukan Covid-19 di seluruh negara

21 Ogos 2022, 10:27 AM
Menteri: KKM selesai 92 peratus kes tertunggak bukan Covid-19 di seluruh negara

PUTRAJAYA, 21 OGOS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menyelesaikan kes rawatan tertunggak bukan Covid-19 di hospital kerajaan di seluruh negara sebanyak 92 peratus setakat ini daripada jumlah 57,355 kes dilaporkan pada September 2021.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kementerian kini dalam usaha untuk menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan yang tertunggak itu dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata penyelesaian kes tertunggak itu disumbangkan oleh beberapa inisiatif KKM termasuk penyumberluaran pesakit hospital kerajaan ke hospital swasta.

“Sebab itu kita melakukan penyumberluaran (ke) hospital swasta. Kalau kita tengok hospital awam penuh (dan) hospital swasta kosong, jadi pesakit bukan COVID-19 kita hantar kepada hospital swasta.

“Alhamdulillah, setelah kita melaksanakan langkah tersebut, pada September dan Oktober (2021), keadaan semakin baik dan kes semakin menurun,” katanya pada Simposium Keluarga Malaysia bertajuk ‘Keluarga Malaysia Menangani Cabaran Kesihatan’, di sini, hari ini.

Sementara itu, Khairy turut mengumumkan sejumlah 4,053 Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi telah berjaya ditawarkan lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) setakat minggu lepas.

Katanya, jumlah perlantikan itu merupakan urusan pengambilan jawatan tetap terbesar pernah dilaksanakan sejak 2016. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619