BUDAYA

Ketika awan melukis kemarau

21 Ogos 2022, 12:30 AM
Ketika awan melukis kemarau

i.

kemarau adalah kanvas di tangan awan. dilukisnya kabus yang berputar perlahan. mendinginkan udara pada daun dan rerumput perang. airnya mengalir di kaki kerbau jantan kenyang. sungai dan rawa tersendawa di batas alurnya.

dilukisnya kita yang tengadah ke langit mengait gebar semalam yang basah dalam ragu dan keluh kesah.

ii.

akhirnya, kemarau menjelma dungu ketika dibingkaikan. adakah lagi ingatan tertunda untuk detik yang lebih sempurna? --- saat langit ditinggikan, gunung-ganang ditegakkan dan bumi di hampar luas, namun seperti ada yang ditinggalkan dan sengaja di kosongkan?

barangkali tidak akan dilukiskan keseluruhannya. selagi kemarau masih kering di hati manusiawi.

iii.

kemarau adalah kanvas dingin di tangan awan namun belum tentu hangat di tangan kemanusiaan.

 

Ghazali Sulong

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619