ADN

Wakil rakyat Kota Kemuning terus agih bakul makanan, bantu rakyat

21 Ogos 2022, 12:11 AM
Wakil rakyat Kota Kemuning terus agih bakul makanan, bantu rakyat

SHAH ALAM, 21 OGOS: Sebanyak 3,000 bakul makanan diagihkan kepada penduduk terkesan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning tahun ini.

Ahli Dewan Negerinya V Ganabatirau berkata inisiatif itu masih diteruskan susulan masih ada lagi penduduk terkesan disebabkan peningkatan kos sara hidup.

"Walaupun ekonomi mula beroperasi seperti biasa tetapi maklumat diterima masih ada lagi yang hilang kerja dan memerlukan bantuan.

"Kita bantu dengan beri keperluan harian seperti beras, tenusu, gula dan biskut bernilai RM50 hingga RM70," katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut menyarankan penduduk yang memerlukan bantuan boleh datang ke pejabat pusat khidmat rakyat atau berjumpa dengan ketua kampung atau ahli majlis.

"Mereka juga boleh terus menghubungi talian 03-5525 4776 untuk pertanyaan berkenaan bantuan disediakan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619