AGENDA

MB pelawa penduduk sertai saringan kesihatan percuma esok

20 Ogos 2022, 5:00 AM
MB pelawa penduduk sertai saringan kesihatan percuma esok
MB pelawa penduduk sertai saringan kesihatan percuma esok

SHAH ALAM, 20 OGOS: Dato' Menteri Besar mempelawa orang ramai menjalani saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri yang berlangsung di dua lokasi esok.

Dua lokasi itu ialah di Dewan Kampung Permata, Kundang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang dan Dewan Heritier Hall, Seksyen 24 (DUN Batu Tiga).

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook mengingatkan penduduk memohon ujian kesihatan menerusi aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat).

Menerusi perkongsian info grafik, program sama turut diadakan di dua lokasi hari ini iaitu di Dewan Serbaguna Taman Ehsan, (DUN Bukit Lanjan) dan Event Hall Atrial Mall, Petaling Jaya (DUN Bandar Utama).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan barah payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619