AGENDA

Rayuan kes SRC: Najib tamatkan khidmat firma guaman Zaid Ibrahim

19 Ogos 2022, 3:01 AM
Rayuan kes SRC: Najib tamatkan khidmat firma guaman Zaid Ibrahim

PUTRAJAYA, 19 OGOS: Hari kedua pendengaran rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, mahkamah diberitahu bekas perdana menteri itu telah menamatkan perkhidmatan firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST).

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik apabila pendengaran rayuan itu bermula di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

“Teruskan,” kata Hakim Tengku Maimun selepas Hisyam memberitahu perkara tersebut, berikutan itu Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram memulakan penghujahannya.

Pada 26 Julai, ahli parlimen Pekan itu melantik ZIST untuk mewakilinya dalam rayuan terakhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd selepas menamatkan perkhidmatan firma guaman Tetuan Shafee & Co berkuat kuasa serta-merta.

Beliau juga melantik Hisyam, daripada Tetuan Hisyam Teh sebagai peguam utamanya untuk menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Semalam, mahkamah menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili Najib dan memerintahkan pihak pendakwaan membentangkan penghujahan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619