AGENDA

Sukan Para Asia Hangzhou ditunda ke Oktober tahun depan

18 Ogos 2022, 5:56 AM
Sukan Para Asia Hangzhou ditunda ke Oktober tahun depan

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Sukan Para Asia di Hangzhou, China yang sebelum ini dijadual berlangsung pada Oktober tahun ini, kini akan diadakan pada 22 hingga 28 Oktober 2023.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dalam kenyataan berkata keputusan mengenai tarikh baharu itu dibuat selepas perbincangan diadakan antara Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) , Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asia Hangzhou (HAPGOC), Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan China dan pihak berkepentingan lain.

"Tempoh (penganjuran) sukan itu kekal tidak berubah. Tarikh baharu itu dipersetujui selepas mengambil kira temasya Sukan Para biasanya diadakan dua minggu selepas penutupan Sukan Asia.

"... dan untuk memastikan bahawa tarikh yang dicadangkan tidak bercanggah dengan acara antarabangsa yang lain," kata IPC.

Majlis Olimpik Asia bulan lepas telah mengumumkan bahawa tarikh baharu sukan Asia, yang pada asalnya dijadualkan diadakan pada Oktober tahun ini, akan ditukar pada 23 Sept hingga 8 Oktober 2023.

Sementara itu, Presiden APC Majid Rashed dalam kenyataan juga mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Eksekutif APC kerana meluluskan tarikh baharu itu.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada HAPGOC (penganjur), Jawatankuasa Paralimpik China dan kerajaan wilayah Hangzhou dan Zhejiang atas sokongan dan usaha berterusan mereka untuk memastikan temasya itu berlangsung pada tarikh baharu," tambahnya.

Ini adalah kali kedua China akan menjadi tuan rumah acara berkenaan selepas kejayaan menganjurkan edisi pertama temasya di Guangzhou pada 2010. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619