AGENSI

Pemadam Selangor anjur pertandingan papan selaju terbesar 10 September

18 Ogos 2022, 5:18 AM
Pemadam Selangor anjur pertandingan papan selaju terbesar 10 September

SHAH ALAM, 18 OGOS : Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) Selangor menganjurkan pertandingan terbesar sukan papan selaju Grind 8 pada 10 September di Extreme Park, Seksyen 13 di sini.

Pemadam Selangor menerusi Facebook memaklumkan program dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Papan Selaju mempelawa pemain papan selaju 'skateboarder' menyertai pertandingan tersebut.

"Pihak kami dengan berbesar hati menjemput orang ramai terutamanya ‘skateboarder’ khususnya di Selangor untuk sertai pertandingan ini.

"Menariknya, program ini turut mendapat sambutan hangat oleh peserta dari Filipina, Indonesia dan Singapura," tulisnya.

Antara pertandingan menarik dianjurkan:

  • Tiktok PemadamxGrind8
  • Klinik ‘Skateboard'
  • Papan selaju wanita
  • Lumba papan selaju (lelaki dan perempuan)
  • Sesi Kolam Api
  • 'Cash 4 Tricks'

Untuk maklumat lanjut berhubung program itu boleh melayari media sosial @pemadam_selangor (Instagram).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619