AGENDA

EXCO: Enakmen warta khazanah sejarah dibawa ke sidang DNS akan datang

17 Ogos 2022, 6:56 AM
EXCO: Enakmen warta khazanah sejarah dibawa ke sidang DNS akan datang
EXCO: Enakmen warta khazanah sejarah dibawa ke sidang DNS akan datang

KLANG, 17 OGOS: Kerajaan Selangor akan membawa usul enakmen pewartaan khazanah bersejarah pada sidang Dewan Negeri Selangor akan datang.

Menurut EXCO kebudayaan dan warisan, enakmen berkenaan membolehkan Kerajaan Negeri mewartakan sendiri bahan sejarah tanpa perlu melalui Jabatan Warisan Negara.

"Selangor berbeza dengan Melaka iaitu mereka sudah memasukkan enakmen hak mewartakan (bawah Kerajaan Negeri). Sebaliknya Selangor perlu memohon Jabatan Warisan dan kemudian meminta izin dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum diwartakan.

"Oleh demikian, kita akan bawa isu ini dalam dewan untuk dibahas. Jika ada hak mewarta memudahkan kerana Jabatan Warisan juga banyak yang perlu dijaga, seluruh Malaysia," kata Borhan Aman Shah dalam sidang media di sini, hari ini.

[caption id="attachment_536057" align="aligncenter" width="718"] Panel berbincang bersama peserta ketika bengkel Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 17 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN[/caption]

Terdahulu beliau merasmikan Bengkel Jejak Warisan Bandaraya Klang di Dewan Hamzah Majlis Perbandaran Klang (MPK). Bengkel siri kedua itu turut dihadiri Timbalan Yang Dipertuanya Elya Marini Darmin.

Berucap ketika merasmikan bengkel berkenaan, Borhan turut menggalakkan agensi Kerajaan Negeri memartabatkan warisan Selangor dalam sebarang penganjuran majlis.

"Contohnya agensi memperkenal nasi ambeng yang sudah diwartakan sebagai identiti Selangor dalam meraikan tetamu berbanding menu lain seperti nasi minyak. Mereka juga boleh membawa penggiat seni cempuling untuk membuat persembahan.

"Selangor mempunyai identiti sendiri dan jika bukan agensi Kerajaan Negeri mempromosinya siapa lagi. Kita khuatir jika tidak menerapkannya generasi akan datang melupakan warisan bersejarah ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619