AGENSI

1,889 graduan terima diploma, ijazah dalam konvokesyen ke-25 Kuis

17 Ogos 2022, 3:31 AM
1,889 graduan terima diploma, ijazah dalam konvokesyen ke-25 Kuis

SHAH ALAM, 17 OGOS: Seramai 220 graduan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) menerima ijazah dan diploma masing-masing pada sidang kedua konvokesyen yang berlangsung Isnin lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook Majlis Agama Islam Selangor memaklumkan sidang kedua Konvokesyen Kali Ke-25 Kuis itu dirasmikan oleh Pengerusinya Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Ketika berucap, beliau menyatakan ucapan tahniah kepada kesemua 1,889 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dan menerima ijazah serta diploma sepanjang majlis konvokesyen tahun ini.

"Saya dan seluruh warga kerja Mais dan Kuis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian.

"Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh tenaga pengajar universiti yang sentiasa menyumbang tenaga dan bakti dalam melahirkan generasi cemerlang," katanya ketika berucap merasmikan sidang kedua konvokesyen itu.

Seramai 27,365 graduan Kuis berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang sejak 1998.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619