AGENDA

Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel terima ganjaran awal September

16 Ogos 2022, 10:00 AM
Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel terima ganjaran awal September
Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel terima ganjaran awal September

SHAH ALAM, 16 OGOS: Atlet Selangor yang cemerlang di Sukan SEA Hanoi dan Sukan Komanwel Birmingham bakal menerima insentif khas daripada Kerajaan Negeri awal bulan hadapan.

Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor berkata peruntukan bagi ganjaran  itu telah tersedia dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk diberikan.

[caption id="attachment_513648" align="alignright" width="500"] Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohd Nizam Marjugi[/caption]

"Sepatutnya kita berikan esok tetapi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor dan Dato' Menteri Besar ada urusan di luar negara.

"Jadi majlis ini ditunda dan dijangka awal September semasa program penyerahan bendera bagi Sukan Malaysia (Sukma) nanti," kata Mohamad Nizam Marjugi kepada SelangorKini.

Pada 15 Mei lalu, Kerajaan Negeri mempertimbang untuk memberi ganjaran kepada atlet Selangor yang mengharumkan nama negara pada Sukan SEA Ke-31.

EXCO generasi muda dan modal insan berkata bentuk ganjaran akan dibincang dengan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari terlebih dahulu.

“Kita ada cadangan itu (beri ganjaran) dan kita tunggu mereka pulang dahulu.

“Selangor hargai seperti sebelum ini pemberian kepada atlet Sukma dan insya-Allah untuk Sukan SEA pun begitu,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619