ADN

Jawatankuasa Majlis Penasihat India Selangor disertai wakil rakyat

15 Ogos 2022, 12:00 PM
Jawatankuasa Majlis Penasihat India Selangor disertai wakil rakyat

SHAH ALAM, 15 OGOS: Majlis Penasihat India Selangor (SICC) yang ditubuh Kerajaan Negeri turut disertai wakil rakyat, kata Ahli Parlimen Klang.

Charles Santiago berkata wakil rakyat yang terdiri ahli parlimen dan Ahli Dewan Negeri (ADN) akan dilantik dalam jawatan ex-officio.

"SICC ini terdiri daripada beberapa ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin komuniti perniagaan, bekas penjawat kanan kerajaan, pendidik dan pemimpin akar umbi.

"SICC ini bertindak sebagai penasihat perkara yang berkaitan dengan masyarakat India. Semua wakil rakyat di Selangor, seperti ahli parlimen dan ADN turut akan dilantik dalam jawatan ex-officio SICC," katanya di Twitter.

Terdahulu Dato' Menteri Besar berkata beberapa individu profesional dalam sektor ekonomi dilantik menganggotai SICC.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata mereka ialah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) Manokaran Mottain dan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur serta Selangor (KLSICCI) Nivas Ragavan.

Turut dilantik Pengarah MySkill Foundation Pasupathi Sithamparam, Pengarah Eksekutif 27 Group Girish Ramachandran serta enam individu lain.

Beliau memaklumkan SICC bertindak sebagai penasihat kepimpinannya selain mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri bagi pembangunan masyarakat India.

“Penubuhan ini penting supaya Kerajaan Negeri mendapat maklum balas berkenaan urus tadbir dalam kalangan masyarakat.

“Ini merupakan langkah alternatif atau menjadi sumber kedua untuk masyarakat menyalurkan harapan serta pandangan mereka kepada pentadbiran negeri,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619