ADN

Wakil rakyat puji program kumpul belia, platform tukar pandangan

15 Ogos 2022, 6:46 AM
Wakil rakyat puji program kumpul belia, platform tukar pandangan
Wakil rakyat puji program kumpul belia, platform tukar pandangan
Wakil rakyat puji program kumpul belia, platform tukar pandangan

PETALING JAYA, 15 OGOS: Penganjuran pertandingan melibatkan belia merupakan platform terbaik untuk bertukar pendapat demi pemerkasaan golongan itu.

Mengambil contoh pertandingan boling anjuran Penggerak Belia Selangor (PeBS), wakil rakyat Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berkata program seumpama itu memberi peluang belia menyuarakan pendapat.

“Aktiviti ini bagus kerana sambil menunggu giliran bermain, belia dapat berbincang dan bertukar pandangan tentang hala tuju belia.

[caption id="attachment_535687" align="aligncenter" width="500"] Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Seharusnya aktiviti seperti ini perlu diteruskan supaya dapat menyokong dan menambah baik program untuk belia,” katanya.

Wakil rakyat Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata penganjuran aktiviti untuk belia sememangnya dinantikan kerana sudah lama tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19.

“Sudah lama belia-belia daripada setiap DUN berkumpul dengan melakukan aktiviti bermanfaat yang membantu memperkasa golongan ini.

“Saya cadang lebih banyak aktiviti seperti ini dapat dianjurkan sekaligus memberi mesej yang memanfaatkan golongan belia,” katanya.

Pertandingan Tenpin Boling Selangor XTIV dianjurkan PeBS dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor di pusat beli belah Sunway Piramid mengumpulkan lebih 250 belia.

[caption id="attachment_535689" align="aligncenter" width="500"] Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619