AGENDA

13 individu terlibat protes skandal kapal dipanggil bantu siasatan

14 Ogos 2022, 2:44 PM
13 individu terlibat protes skandal kapal dipanggil  bantu siasatan

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Polis akan memanggil 13 individu bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata ia susulan kertas siasatan yang dibuka berkaitan perhimpunan berkenaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

"Kita (polis) mendapati lebih kurang 60 individu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa, ahli parti politik serta beberapa individu yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti telah berhimpun di kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata individu berkenaan telah mengadakan perhimpunan sambil memegang beberapa plakad dan kain rentang bertulis antaranya ‘Keselamatan Negara Terancam Kesiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Terjejas’, ‘H20 Letak Jawatan’ dan ‘Siasat Di Mana Kapal’.

Perhimpunan yang bermula pada 2 petang itu berlangsung secara aman dengan kehadiran kira-kira 100 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengawal situasi serta lalu lintas di lokasi terbabit dan semua yang hadir beredar sejam kemudian.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619