AGENDA

MB: Manfaat kemudahan program SEHAT, tangani buli siber

12 Ogos 2022, 8:20 AM
MB: Manfaat kemudahan program SEHAT, tangani buli siber
MB: Manfaat kemudahan program SEHAT, tangani buli siber

SHAH ALAM, 12 OGOS: Kerajaan Negeri memandang serius berhubung kes buli siber yang dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini, kata Dato' Menteri Besar.

Justeru, Dato' Seri Amirudin Shari berkata program Selangor Mental Sihat (SEHAT) dirangka bagi membantu masyarakat mengesan awal tahap kesihatan mental individu termasuk mangsa terbabit.

"SEHAT membantu rakyat Selangor mengetahui tahap kesihatan mental menerusi saringan awal ‘skala tekanan’ dan ‘pemeriksaan risiko’ secara kendiri sebagai langkah pencegahan awal.

"Bantuan psikososial daripada kaunselor profesional dan forum sokongan ditawarkan menerusi pelbagai komponen," katanya di Facebook.

Amirudin turut meminta masyarakat memanfaatkan kemudahan SEHAT menerusi butang khas di skrin utama aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

"Selangor membelanjakan RM1 juta demi membantu mereka yang mengalami tekanan perasaan dan isu berkaitan. Namun, isu ini memerlukan penglibatan semua pihak, hentikan amalan pembulian dalam masyarakat kita," ujarnya.

SEHAT boleh diakses menerusi butang khas di skrin utama dalam aplikasi SELangkah. Antara fungsi boleh diteroka pengguna ialah saringan kesihatan mental, saringan risiko, video psikopendidikan, portal WhatsDoc dan skala literasi kesihatan mental.

Baru-baru ini tular berita kematian Shashikala Nagarajah yang meninggal dunia selepas menerima komen kebencian di akaun TikTok.

Shashikala ,44, dilaporkan ‘dibuli secara siber’ berhubung penampilan dan koleksi beg tangannya di media sosial.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619