AGENDA

Air Selangor: Bekalan air di 397 kawasan pulih sepenuhnya

12 Ogos 2022, 8:15 AM
Air Selangor: Bekalan air di 397 kawasan pulih sepenuhnya
Air Selangor: Bekalan air di 397 kawasan pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 12 OGOS: Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) memaklumkan bekalan air di 397 kawasan terjejas di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat sudah pulih sepenuhnya pada jam 3 petang tadi.

Bekalan air di kawasan terbabit terjejas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 dihenti tugas sementara susulan insiden pencemaran minyak di Sungai Semantan, Karak, Pahang berikutan kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong menuju ke Kuala Lumpur semalam.

"Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air di 397 kawasan di tiga wilayah Air Selangor yang terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 semalam telah pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang.

“Terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya di Facebook.

LRA Langat 2 dihenti tugas sementara sejak 4.30 pagi semalam menyebabkan gangguan bekalan air di 397 kawasan iaitu Petaling (3), Kuala Lumpur (172) dan Hulu Langat (222) mulai 10 pagi.

Ia mula beroperasi semula pada jam 3.30 petang semalam bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan dan air mula disalurkan secara berperingkat apabila sistem agihan bekalan air berjaya distabilkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619