AGENSI

Zakat Selangor bantu enam beradik asnaf sambung belajar

12 Ogos 2022, 1:06 AM
Zakat Selangor bantu enam beradik asnaf sambung belajar

SHAH ALAM, 12 OGOS: Hasrat lima beradik bersekolah seperti rakan seusia lain tercapai apabila mereka semua berjaya didaftarkan ke sekolah dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS berkata hasil kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor anak-anak daripada keluarga asnaf itu dapat meneruskan persekolahan di tingkatan empat, dua, darjah enam, empat dan dua.

Tambah agensi itu, pihaknya turut bantu anak sulung keluarga berkenaan mendaftar ke Kolej Antarabangsa INPENS untuk menyambung pengajian.

"Laporan menyatakan anak-anak keluarga ini tidak ke sekolah kerana ibu bapa mereka kurang berkemampuan untuk menanggung kos yuran dan mempunyai tanggungan yang ramai.

"Oleh itu, LZS, PPD dan pihak sekolah mengambil inisiatif untuk bantu menguruskan hal persekolahan anak-anak ini," katanya di Facebook.

LZS bersama penghulu mukim, e-Kasih, PPD, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak sekolah dan ketua kampung turun padang menziarahi keluarga berkenaan pada Rabu lalu.

Susulan lawatan tersebut, keluarga berkenaan menerima bantuan kewangan, makanan dan persekolahan secara bulanan daripada pihak LZS dan beberapa agensi terlibat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619