AGENDA

LRA Langat 2 dijangka beroperasi semula 3.30 petang ini

11 Ogos 2022, 6:59 AM
LRA Langat 2 dijangka beroperasi semula 3.30 petang ini

SHAH ALAM, 11 OGOS: Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) dijangka beroperasi semula 3.30 petang ini bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), bekalan air terawat akan disalurkan berperingkat apabila sistem agihan telah distabilkan.

"Bantuan alternatif melalui lori tangki telah mula digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

"Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas," kata syarikat itu di Facebook.

LRA Langat 2 dihenti tugas sementara berikutan pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang berpunca daripada kemalangan di KM75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju Kuala Lumpur semalam.

Berikutan itu, sebanyak 397 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat terkesan.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619