ADN

Wakil rakyat santuni lima pesara uzur, bantu daftar program warga emas

11 Ogos 2022, 6:50 AM
Wakil rakyat santuni lima pesara uzur, bantu daftar program warga emas

SHAH ALAM, 11 OGOS: Seramai lima pesara kerajaan yang uzur sekitar Dewan Undangan Negeri Morib menerima bantuan RM100 setiap seorang, semalam.

Wakil rakyatnya berkata dalam lawatan ke rumah pesara berkenaan, beliau turut membantu mereka mendaftar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) selain menerangkan beberapa program kebajikan negeri.

"Lawatan ini sebagai satu tanda terima kasih terhadap jasa mereka kepada negara sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam.

"Insya-Allah usaha ini akan diteruskan dan bantuan tidak hanya sekali beri sebaliknya kita akan maklumkan lagi beberapa inisiatif disediakan Kerajaan Selangor bagi membantu warga emas ini," kata Hasnul Baharuddin ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu diambil memandangkan masih ramai penduduk kurang jelas dan kurang mahir untuk mendaftar inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar beli-belah dan khairat kematian.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk sebanyak RM27.5 juta bagi kelangsungan program tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619