AGENDA

Polis tahan tiga lelaki aktif pecah masuk kedai sekitar Lembah Klang, Melaka

11 Ogos 2022, 5:48 AM
Polis tahan tiga lelaki aktif pecah masuk kedai sekitar Lembah Klang, Melaka

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit dalam empat kes pecah masuk kedai di sekitar Lembah Klang dan Melaka menerusi dua serbuan di Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata tiga individu berusia lingkungan 30-an ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pecah masuk sebuah pusat servis kereta di Jalan AWF Waterfront, dekat sini pada 5 Ogos lepas membabitkan kerugian RM30,000.

Beliau berkata susulan penahanan tiga individu, polis menyelesaikan empat kes pecah kedai di daerah Ampang Jaya, Subang, Sungai Buloh, di sini dan Alor Gajah, Melaka.

“Polis turut merampas beberapa barangan yang dilaporkan hilang dan semua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata semakan mendapati dua daripada individu ditahan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah atau premis dengan melakukan pencerobohan dalam bangunan bagi tujuan melakukan curi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619