PBT

Orang ramai dipelawa sertai pertandingan lagu rakyat sempena program rewang MPS

11 Ogos 2022, 4:36 AM
Orang ramai dipelawa sertai pertandingan lagu rakyat sempena program rewang MPS
Orang ramai dipelawa sertai pertandingan lagu rakyat sempena program rewang MPS

SHAH ALAM, 11 OGOS: Orang ramai khususnya yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dipelawa menyertai Pertandingan Battle of Buskers Lagu Rakyat anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

MPS menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan pertandingan itu adalah bersempena dengan Program Rewang Sekampung Daerah Gombak 2022.

Katanya, program itu akan diadakan 29 Ogos ini bertempat di kawasan tempat letak kenderaan, Pejabat Penghulu Mukim Kuang pada jam 8 malam.

"Anda berbakat dalam bidang nyanyian? Serlahkan bakat nyanyian anda dengan lagu-lagu rakyat dalam Pertandingan Battle of Buskers Lagu Rakyat sempena Program Rewang Sekampung Daerah Gombak 2022 pada 29 Ogos 2022.

"Pemenang berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1,000 (johan), naib johan (RM700), tempat ketiga (RM500) dan masing-masing RM200 dan RM100 bagi tempat keempat serta kelima," katanya.

Menurut MPS, pertandingan itu terbuka kepada penyertaan 10 kumpulan terawal dan ia adalah percuma.

Mereka yang berminat boleh mengimbas kod QR atau layari pautan https://bit.ly/3vVspx8 untuk syarat pertandingan.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati dengan menghubungi talian 017- 3140169 (Azira).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619