ADN

Lebih 700 penduduk Bukit Melawati mohon bantuan keperluan asas

10 Ogos 2022, 7:13 AM
Lebih 700 penduduk Bukit Melawati mohon bantuan keperluan asas

SERDANG, 10 OGOS: Lebih 700 penduduk kurang berkemampuan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati memohon Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas).

Wakil rakyatnya berkata permohonan bantuan RM300 mendapat sambutan luar jangka sejak dibuka awal bulan lalu ketika Jelajah Selangor Penyayang peringkat daerah Kuala Selangor.

"Ini menunjukkan betapa ramai rakyat susah dan kesemua permohonan mereka dalam proses semakan berikutan kuota yang diperuntukkan sebanyak 350," kata Juwairiya Zulkifli di sini semalam.

Ditemui selepas melancarkan Burgernita anjuran Yayasan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Juwairiya berkata pihaknya sedang mencari mekanisme bagi memastikan keluarga yang benar-benar layak mendapat bantuan tersebut.

"Penerima manfaat yang lama (Kasih Ibu Smart Selangor) dan (KISS Ibu Tunggal) akan dibuat pemutihan kerana mungkin ada anak mereka yang sudah berusia lebih 18 tahun serta bekerja.

"Mereka yang layak akan menerima bantuan sebaik proses pemutihan serta pendaftaran baharu selesai dijangka dalam tempoh satu atau dua bulan lagi," katanya.

Bingkas antara inisiatif terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang bagi menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat selain membantu kebajikan lebih ramai rakyat negeri ini.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar memaklumkan hampir 30,000 keluarga di Selangor bakal menerima bantuan sebanyak RM3,600 setahun.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata bantuan bagi membeli keperluan asas membabitkan peruntukan RM6.3 juta yang diagih menerusi e-dompet Wavpay.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619