PBT

Kaunter bergerak MBSA di AEON Mall Shah Alam Sabtu ini

10 Ogos 2022, 1:08 AM
Kaunter bergerak MBSA di AEON Mall Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 10 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuka kaunter bergerak 'Shah Alam On Wheels' di pusat beli-belah AEON Mall Shah Alam Seksyen 13 pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata kaunter bergerak itu akan beroperasi mulai jam 11 pagi hingga 5 petang di pekarangan tempat letak kereta terbuka pusat beli-belah berkenaan.

"Perkhidmatan Shah Alam On Wheels adalah platform yang disediakan oleh pihak MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kaunter bergerak itu akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan.

"Pihak majlis berharap kaunter bergerak ini dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619