AGENDA

MB: Lima sektor dalam RS-1 tingkat kelestarian alam (VIDEO)

9 Ogos 2022, 6:30 AM
MB: Lima sektor dalam RS-1 tingkat kelestarian alam (VIDEO)

SHAH ALAM, 9 OGOS: Usaha menyumbang kepada kelestarian alam menerusi lima sektor tumpuan antara yang ditekankan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dibentang 27 Julai lalu.

Menurut Dato' Menteri Besar, sektor terbabit meliputi daya tahan dan pengurusan bencana, pengurusan air, negeri rendah karbon, pengurusan sisa serta biodiversiti dan sumber asli.

"Berasaskan keadaan negeri serta global dan hasil kajian terkini, pelbagai inisiatif bakal dijalankan bawah teras tiga RS-1 selaras Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Tema strategik ketiga dalam pelan ekonomi lima tahun itu bagi meningkatkan keutamaan alam sekitar yang lestari berlandaskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Amalan Tadbir Urus (ESG).

Antara rancangan dibuat ialah pelaksanaan projek infrastruktur mitigasi banjir meliputi pendalaman sungai, pembinaan dan penaiktarafan tampungan sungai serta kolam.

Turut diberi tumpuan ialah projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) bagi pembersihan dan pemulihan

sungai melalui perangkap sampah dan penggunaan jentera pengutip sampah canggih Interceptor.

Selain pembangunan lestari, RS-1 turut menumpukan pertumbuhan ekonomi, memberdaya rakyat melalui program kebajikan, sistem dan perkhidmatan kerajaan yang cekap, telus serta efisien.

Ia turut mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan tanpa mengetepikan pelaksanaan pelan lima tahun RMK-12.

Laporan rasmi dan dokumen lengkap boleh didapati di amirudinshari.com/rs1.

                                                             

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619