AGENDA

Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Pearly Tan-Thinaah raih emas di Birmingham

9 Ogos 2022, 5:35 AM
Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Pearly Tan-Thinaah raih emas di Birmingham

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang merangkul pingat emas ketujuh negara pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham, semalam.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

Kejayaan menghadiahkan pingat emas pada hari terakhir temasya diraih selepas pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren, Smith 21-5, 21-,8 pada aksi final di Pusat Pameran Nasional (NEC).

Malaysia melengkapkan kempen temasya Sukan Komanwel Birmingham dengan mengumpul tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619