AGENDA

Pengarah tidak mengaku salah tawar pakej haji furada tanpa lesen

9 Ogos 2022, 3:32 AM
Pengarah tidak mengaku salah tawar pakej haji furada tanpa lesen

SHAH ALAM, 9 OGOS: Seorang pengarah agensi pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan mengiklankan tawaran pakej haji furada tanpa lesen sah.

Tertuduh Agus Rizal Mat Ali, 50, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, lapor Berita Harian.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai pengarah syarikat UC Travel Sdn Bhd mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada di Facebook milik syarikat itu dan mendakwa boleh menjalankan atau membuat transaksi perniagaan sebagai pengelola ke tanah suci.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 27(1)(b) Akta Tabung Haji 1995 dan dihukum bawah Seksyen 27(2) akta sama dengan penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika bersalah.

Mahkamah membenarkan Agus Rizal diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 September ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan kes penipuan haji furada yang menyebabkan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berikutan itu, polis menahan lima suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun melibatkan pemilik agensi pelancongan dan isteri, seorang ejen serta dua pekerja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619