AGENSI

Hampir 4,500 usahawan Hijrah dapat modal kembang niaga RM70 juta

8 Ogos 2022, 7:30 AM
Hampir 4,500 usahawan Hijrah dapat modal kembang niaga RM70 juta
Hampir 4,500 usahawan Hijrah dapat modal kembang niaga RM70 juta

SHAH ALAM, 8 OGOS: Hampir 4,500 usahawan menerima pembiayaan perniagaan RM70 juta daripada Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) bagi memulakan perniagaan sejak Januari hingga Julai.

Pengurus Kanan Korporat Azrul Aziz berkata pembiayaan menerusi lapan skim iaitu i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro, i-Bermusim dan Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham).

[caption id="attachment_534539" align="alignleft" width="381"] Pengurus Kanan Korporat Hijrah Azrul Aziz ketika diwawancara Media Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam pada 8 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Skim i-Bisnes yang menawarkan pinjaman bermula RM1,000 hingga RM50,000 mendapat permintaan tinggi terutama dalam kalangan peniaga kecil.

“Semua skim merupakan pinjaman patuh syariah yang tiada unsur riba, kualiti tidak diragui selain caj pinjaman rendah.

"Langkah ini tidak membebankan peminjam dalam proses pembayaran semula,” katanya hari ini.

Setakat ini, Azrul berkata 80 peratus usahawan konsisten membayar semula pinjaman sekali gus membolehkan Hijrah menawarkan modal pusingan kepada peserta lain.

“Hijrah berdepan dengan 20 peratus usahawan yang sukar membuat bayaran namun tidak memberi kesan kewangan. Kita tubuhkan unit kawalan kredit untuk memudahkan peminjam membayar semula,” katanya.

Peniaga berminat dengan skim pembiayaan berkenaan boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi mikrokredit.selangor.gov.my

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November lalu mengumumkan beberapa penambahbaikan dalam skim pembiayaan Hijrah pada tahun ini melibatkan dana berjumlah RM120 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619