AGENDA

Tengku Permaisuri berkenan lancar tujuh buku terbitan Padat

8 Ogos 2022, 6:30 AM
Tengku Permaisuri berkenan lancar tujuh buku terbitan Padat

SHAH ALAM, 8 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan melancarkan tujuh buku terbitan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat).

Tujuh buku berkenaan ialah Kesenian Telepuk Warisan Melayu Selangor; Penyelidikan Terkini Nisan Aceh di Selangor dan Warisan Telepuk Alam Melayu yang ketiga-tiganya di tulis Intan Salina Idrus.

Selain Kebaya Selangor oleh Rohayu Mohd Yunus; Permainan Wau Kapal oleh Abdullah Anas Abu Bakar; Sulaman Kelingkan Melayu oleh Mohd Subli Musa dan Tarian Piring Selangor oleh Mohd Lotfi Nazar.

Tengku Permaisuri Norashikin menyempurnakan pelancaran berkenaan di Pustaka Raja Tun Uda di sini, hari ini.

Penerbitan buku ini merupakan antara usaha Padat bagi memelihara dan mendokumentasi warisan, tradisi dan kebudayaan Selangor bagi sumber rujukan masyarakat dan generasi muda.

Penjualan buku tersebut kini dibuka kepada orang ramai dan mereka yang berminat boleh hubungi 03-5519 0050 untuk maklumat lanjut.

Senarai penuh tajuk, sinopsis dan harga buku tersebut boleh didapati di http://www.padat.gov.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619