AGENDA

Sukan Komanwel: Dhabitah, Ker Ying mara ke peringkat akhir 3 meter papan anjal

7 Ogos 2022, 1:08 PM
Sukan Komanwel: Dhabitah, Ker Ying mara ke peringkat akhir 3 meter papan anjal

Daripada Amiril Muttaqien Meketar

BIRMINGHAM, 7 OGOS: Kedua-dua atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri dan Ong Ker Ying berjaya mara ke final acara 3 meter papan anjal wanita pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini hari ini.

Nur Dhabitah melengkapkan pusingan awal di tempat keenam dengan 276.25 mata manakala Ker Ying di kedudukan ke-10 daripada 14 penerjun dengan 257.70 mata di Pusat Akuatik Sandwell.

Hanya 12 peserta teratas layak mara ke final yang bakal berlangsung hari ini pada 7.10 malam waktu tempatan (2.10 pagi waktu Malaysia pada 8 Ogos).

Sementara itu, Bertrand Rhodict Lises kekal sebagai satu-satunya harapan Malaysia dalam acara 10 meter platform lelaki apabila beliau layak ke final manakala Hanis Jaya Surya tersingkir pada pusingan awal.

Bertrand berada di tempat keenam dengan skor keseluruhan 396.60 mata manakala Hanis di kedudukan terakhir dengan memungut 300.90 mata.

Sejumlah 12 penerjun terbaik yang layak final bagi acara itu akan berentap pada 5.35 petang waktu tempatan (12.35 tengah malam ini waktu Malaysia).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619