AGENDA

Menteri: Pembentangan Bajet 2023 kekal 28 Oktober, ikut kalendar Parlimen

7 Ogos 2022, 7:17 AM
Menteri: Pembentangan Bajet 2023 kekal 28 Oktober, ikut kalendar Parlimen

SHAH ALAM, 7 OGOS: Pembentangan Bajet 2023 tidak dipercepat dan kekal pada 28 Oktober seperti yang dijadual dalam kalendar Parlimen, kata menteri kewangan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ramalan kononnya pembentangan dipercepat adalah tidak berasas, lapor Berita Harian, hari ini.

"Dakwaan menyatakan Bajet 2023 akan dibawa ke hadapan hanya khabar angin semata-mata dan mengikut pengetahuan saya ia masih sama dengan kalender Parlimen.

"Setakat ini, dalam kalender tarikh pembentangan Bajet 2023 masih 28 Oktober," katanya.

Sebelum ini, firma penyelidikan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Bajet 2023 lebih awal berikutan pilihan raya umum dijangka semakin hampir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619