ADN

Atasi isu banjir kilat di jalan SS19/7, MBSJ peruntuk RM360,000 naik taraf parit

5 Ogos 2022, 4:40 AM
Atasi isu banjir kilat di jalan SS19/7, MBSJ peruntuk RM360,000 naik taraf parit

SHAH ALAM, 5 OGOS: Sejumlah RM360,000 diperuntuk Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) untuk menaik taraf longkang di sepanjang jalan SS19/7 bagi mengatasi isu banjir kilat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng berkata projek menaik taraf itu mengambil masa dua bulan untuk disiapkan bermula 12 Ogos hingga 13 Oktober.

"Projek ini sangat diperlukan kerana terdapat dua sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lick Hung dan Sekolah Kebangsaan SS19 sering terjejas apabila berlaku banjir kilat kerana air naik sehingga satu kaki.

"Kami memohon maaf jika ada kesulitan kepada ibu bapa dan orang ramai sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini," katanya pada SelangorKini.

Michelle Ng berkata dalam tempoh berkenaan jalan SS19/7 ditutup sementara waktu bagi memastikan kerja menaik taraf berjalan lancar.

"Bagi SJKC kami minta ibu bapa menggunakan pintu D manakala SK SS19 menggunakan pintu alternatif di bahagian belakang sekolah.

"MBSJ juga akan meminta pihak kontraktor menyediakan petugas di lokasi untuk menunjukkan arah keluar masuk bagi memudahkan aliran trafik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619