AGENDA

KPN: Anggota terlibat kes peras ugut belum dipindah ke Sabah, Sarawak

4 Ogos 2022, 12:30 PM
KPN: Anggota terlibat kes peras ugut belum dipindah ke Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU, 4 OGOS: Sembilan anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes peras ugut di Selangor masih belum dipindahkan ke Sabah atau Sarawak, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil perhatian terhadap maklum balas daripada kerajaan Sabah dan Sarawak berhubung perkara itu, dan pihaknya mengarahkan Jabatan Pengurusan PDRM untuk mengambil tindakan lanjut termasuk mengkaji semula isu berkaitan perpindahan anggota terbabit.

"Mereka (anggota polis) belum dipindahkan lagi (ke Sabah atau Sarawak).

"Terima kasih atas maklum balas yang kami terima daripada Kerajaan Sarawak dan Sabah. Apa juga makluman berkaitan perkara ini akan disalurkan melalui Unit Komunikasi Korporat PDRM," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Op Bersepadu Khazanah Siri 11 Bil.2/2022 hari ini.

Selasa lepas Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi dilaporkan berkata sembilan anggota polis yang disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah baru-baru ini ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619