AGENDA

Malaysia meterai perjanjian ambil amah warga Kemboja September depan

4 Ogos 2022, 9:18 AM
Malaysia meterai perjanjian ambil amah warga Kemboja September depan

SHAH ALAM, 4 OGOS: Malaysia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pembantu rumah warga Kemboja awal September depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.

Beliau berkata tarikh pemeteraian perjanjian itu akan ditetapkan selepas beberapa kementerian berkaitan, termasuk Kementerian Dalam Negeri menyiapkan ulasan mereka mengenai perkara itu.

“Kita telah edarkan kertas kabinet kepada kementerian-kementerian berkaitan untuk meminta ulasan. Apabila ulasannya telah siap, kita akan tandatangani MoU itu bersama pihak Kemboja.

“Ia (MoU bersama Kemboja) dijangka pada minggu pertama bulan September dan apabila ditandatangan kita sudah boleh bawa amah (pembantu rumah) dari Kemboja,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Klinik Kemuning Utama di sini hari ini.

Saravanan berkata pihaknya juga telah menyelesaikan isu-isu dengan semua negara sumber, dan Malaysia telah mula menerima pekerja dari semua negara termasuk Bangladesh dan Indonesia.

Sementara itu ketika dirujuk mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata partinya sudah bersedia bagi menghadapi pilihan raya itu.

“MIC telah bersedia, kita juga telah memilih penyelaras untuk semua bahagian. Jentera-jentera kita sudah bersedia,” katanya.

Beliau berkata bagi pemilihan calon yang akan bertanding, beliau menyerahkan kepada Presiden Tan Sri S. A.Vigneswaran, kerana ia adalah kuasa mutlak presiden.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619