AGENDA

Sultan rasmi dewan serba guna, bantu rumah kebajikan jana pendapatan

4 Ogos 2022, 6:36 AM
Sultan rasmi dewan serba guna, bantu rumah kebajikan jana pendapatan
Sultan rasmi dewan serba guna, bantu rumah kebajikan jana pendapatan

SUBANG JAYA, 4 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Dewan Serbaguna Tengku Ampuan Rahimah (Destar) di USJ 1, hari ini.

Turut berangkat tiba ialah DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Destar yang berkeluasan lebih 5,000 kaki dikendali badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor (Ractar).

Kompleks itu boleh memuatkan 300 tetamu dalam satu-satu masa antaranya majlis perkahwinan, acara korporat, ulang tahun dan seminar.

Sementara itu, Yang Dipertua Ractar berkata pendapatan diperoleh dari dewan itu akan disalur sepenuhnya kepada pertubuhan berkenaan dan rumah kebajikan lain.

“Sehubungan itu kita mempelawa pihak korporat, syarikat swasta untuk bekerjasama bagi membantu lebih ramai anak di rumah kebajikan,” kata Tengku Puteri Nor Zehan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

[caption id="attachment_533938" align="aligncenter" width="697"] Dewan Serbaguna Tengku Ampuan Rahimah (Destar), Subang Jaya dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 4 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619