AGENDA

Dua anggota trafik iring anak wakil rakyat BN dikenakan tatatertib

4 Ogos 2022, 2:42 AM
Dua anggota trafik iring anak wakil rakyat BN dikenakan tatatertib

SHAH ALAM, 4 OGOS: Dua anggota trafik yang mengiringi anak lelaki ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menggunakan motosikal polis dikena tindakan tatatertib.

Menteri dalam negeri berkata tindakan dibuat selepas polis selesai meneliti rakaman video berdurasi 20 saat yang tular di media sosial sejak 7 Mei, lapor Berita Harian.

"Polis Pulau Pinang sebelum ini membuka kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota trafik kerana mengiringi individu dipercayai anak lelaki kepada ahli parlimen BN menggunakan motosikal polis di Jalan Bukit Gambir, Georgetown.

"Polis juga sudah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu selepas rakaman video berdurasi 20 saat tular di media sosial sejak 7 Mei 2022," kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen.

Jelasnya, tindakan diambil mengikut Peraturan 36 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sebelum ini, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tiada arahan rasmi dikeluarkan pihaknya bagi tugasan mengiringi individu berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619