AGENDA

Waspada WhatsApp palsu individu menyamar sebagai MB

3 Ogos 2022, 4:14 AM
Waspada WhatsApp palsu individu menyamar sebagai MB
Waspada WhatsApp palsu individu menyamar sebagai MB

SHAH ALAM, 3 OGOS: Dato' Menteri Besar meminta semua berwaspada dan tidak terpedaya dengan kegiatan pihak tertentu di aplikasi WhatsApp menggunakan nama dan gambarnya.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata ia adalah akaun palsu yang digunakan dengan tujuan memerangkap mangsa.

"Saya dimaklumkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar saya bagi melakukan aktiviti penipuan di aplikasi WhatsApp menggunakan nombor 01162232985.

"Ini adalah palsu dan merupakan satu bentuk ‘scam’. Sila ambil maklum dan berhati-hati," katanya menerusi Facebook.

Amirudin memaklumkan perkara itu melalui akaun media sosialnya selepas berjaya mengesan aktiviti dilakukan yang dipercayai mengelirukan orang awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619