AGENDA

Lelaki paling ramai muflis dalam tempoh dua tahun

3 Ogos 2022, 3:15 AM
Lelaki paling ramai muflis dalam tempoh dua tahun

SHAH ALAM, 3 OGOS: Seramai 17,599 individu diisytihar muflis sejak 2020 hingga Mei lalu, dengan golongan lelaki merekodkan kes tertinggi sebanyak 12,970.

Sebanyak 4,607 kes pula membabitkan wanita manakala baki tidak dapat dipastikan jantina, menurut menteri hal ehwal undang-undang dan parlimen, lapor Berita Harian.

Daripada jumlah itu, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata lingkungan usia 34 hingga 44 tahun mencatatkan jumlah teramai iaitu 6,681 kes diikuti 45 hingga 54 tahun dengan 4,819 kes.

"Golongan berusia 25 hingga 34 tahun sebanyak 3,171 kes, 55 tahun dan ke atas (2,823), bawah 25 tahun (46) dan 59 kes dikategorikan tiada maklumat," katanya menjawab soalan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 4,164, diikuti Wilayah Persekutuan (2,203), Johor (1,987), Sabah (1,642) dan Perak (1,728).

Mengikut pecahan kaum pula, beliau berkata, Melayu mencatat angka tertinggi sebanyak 10,266 kes, Cina (4,447), India (1,321) dan 48 kes bukan warganegara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619