ADN

Jalin hubungan erat dengan MTUC, bela nasib pekerja

3 Ogos 2022, 3:00 AM
Jalin hubungan erat dengan MTUC, bela nasib pekerja

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kerajaan Selangor diharap dapat menjalin kerjasama erat dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Shatiri Mansor berkata usahasama itu perlu bagi memastikan nasib pekerja di Selangor sentiasa terbela.

"Alhamdulillah, baru-baru ini Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) mengadakan perjumpaan bersama MTUC.

"Saya harap hubungan ini dapat diteruskan supaya pekerja di Malaysia dan Selangor khasnya merasa yakin bahawa Kerajaan Negeri benar-benar membela nasib mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada perbahasan usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

RS-1 dibentangkan Dato' Menteri Besar pada 27 Julai lalu menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619