AGENSI

Hijrah tawar 14 syarikat peneraju sedia bimbing orang ramai jadi usahawan

2 Ogos 2022, 2:28 PM
Hijrah tawar 14 syarikat peneraju sedia bimbing orang ramai jadi usahawan
Hijrah tawar 14 syarikat peneraju sedia bimbing orang ramai jadi usahawan

SHAH ALAM, 2 OGOS: Orang ramai yang ingin memulakan  perniagaan tetapi tidak mempunyai modal disaran menyertai program 'Zero To Hero' anjuran Yayasan Hijrah  Selangor (Hijrah).

Agensi itu memaklumkan peserta akan diberi bimbangan oleh 14 syarikat peneraju terpilih dari pelbagai bidang seperti makanan dan minuman, bakeri, produk kesihatan dan kraftangan.

"Anda tidak perlu keluarkan modal permulaan. Hanya terus berniaga dengan bantuan latihan, pemasaran dan bimbingan yang disediakan oleh syarikat peneraju.

"Hubungi sekarang jika anda ingin menjadi usahawan bimbingan syarikat Peneraju Hijrah dari Zero To Hero," tulisnya di Facebook hari ini.

Berikut adalah senarai syarikat penejaru yang sedia memberi bimbingan mengikut program:

Hijrah memaklumkan maklumat lanjut berkaitan program pembangunan usahawan berkenaan boleh diperoleh menerusi http://www.hijrahselangor.com atau mendapatkan maklumat terus di 20 cawangannya.

Program 'Zero To Hero' dilaksana khusus oleh Hijrah sejak 2016 bagi melatih dan memantau peserta yang dikendalikan syarikat peneraju terpilih.

Selepas tamat tempoh, peserta layak diberi peluang membuat permohonan pinjaman Hijrah sementara syarikat peneraju membekalkan peralatan dan bahan perniagaan.

Sepanjang tempoh Januari hingga Jun, seramai 4,113 usahawan menerima pembiayaan perniagaan RM69.01 juta daripada Hijrah menerusi tujuh skim pembiayaan meliputi i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619