ADN

ADN cadang Selangor perkenal van sekolah percuma bantu keluarga B40

2 Ogos 2022, 1:28 PM
ADN cadang Selangor perkenal van sekolah percuma bantu keluarga B40

SHAH ALAM, 2 OGOS: Kerajaan Selangor dicadang menawarkan perkhidmatan van sekolah percuma bagi meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.

Wakil rakyat Kota Damansara Shatiri Mansor yakin inisiatif itu boleh dilaksana susulan kejayaan negeri menyediakan perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor.

"Sudah lama kita menggunakan bas percuma, kini tiba masanya Kerajaan Negeri meneliti usaha untuk melaksanakan van sekolah percuma di Selangor.

"Perjalanan untuk van sekolah ini tidak banyak mungkin satu pagi hantar ke sekolah dan petang ambil semula anak-anak ini pulang dan sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian pada perbahasan usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

RS-1 yang dibentangkan Dato' Menteri Besar pada 27 Julai lalu menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619