AGENDA

Kematian jurulatih penerbangan akibat cedera di tengkuk, dada

2 Ogos 2022, 8:20 AM
Kematian jurulatih penerbangan akibat cedera di tengkuk, dada

IPOH, 2 OGOS: Keputusan bedah siasat jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal yang maut dalam nahas pesawat ringan di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam tadi, disebabkan kecederaan pada tengkuk dan dada.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam kenyataan ringkas berkata kecederaan itu adalah disebabkan kemalangan aviasi.

Dalam insiden kira-kira 8 malam itu, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor maut manakala Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera, yang sebelum itu kedua-dua jurulatih penerbangan tersebut dilaporkan berlepas dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian berlaku.

Sementara itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Radzi, 50, ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini berkata Allahyarham Fajim Juffa dijangka akan dikebumikan di Semenyih, Selangor berhampiran kediaman mangsa.

Radzi berkata Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Kauthar, Bandar Tasik Kesuma namun lokasi tanah perkuburan masih belum diketahui.

Sejak awal pagi tadi, ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarham turut hadir menanti proses bedah siasat selesai dijalankan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619