AGENDA

Rancangan Selangor Pertama bantu negeri capai 30 peratus KDNK lebih awal

2 Ogos 2022, 7:18 AM
Rancangan Selangor Pertama bantu negeri capai 30 peratus KDNK lebih awal

SHAH ALAM, 2 OGOS: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) mampu membantu Selangor menyumbang nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 30 peratus menjelang 2025.

Biarpun dalam sesi Belanjawan 2022 lalu menyasar KDNK 30 peratus pada 2030, Dato' Menteri Besar berkata Selangor masih mampu mencapainya menjelang 2025 dengan pelaksanaan RS-1.

"Tahun lepas Selangor menyumbang KDNK mencecah 25 peratus dan sebelumnya 24.8 peratus, 24.3 peratus dan 24.1 peratus dan 23.7 peratus. Secara purata sumbangan KDNK setiap tahun meningkat 0.5 peratus.

"Jika kita lihat secara konservatif, kita hanya capai 27 peratus pada 2025, tetapi dengan RS-1 dan perkara-perkara sokongan program dirancang ia boleh mencapai 30 peratus menjelang 2025," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika sesi penggulungan usul RS-1 pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

RS-1 dibentang Amirudin pada 27 Julai mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua memaklumkan usaha negeri itu tidak mengetepikan pelan lima tahun Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang masih berjalan dan memberi kesan kepada Selangor.

Jelasnya, RS-1 juga dirancang bagi menangani cabaran besar dihadapi dunia ketika ini antaranya Perang Rusia-Ukraine selain Perang Dingin antara China dan Amerika Syarikat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619