AGENDA

Selangor bakal bangunkan aplikasi khas bantuan banjir - Loy Sian

2 Ogos 2022, 5:12 AM
Selangor bakal bangunkan aplikasi khas bantuan banjir - Loy Sian

SHAH ALAM, 2 OGOS: Kerajaan Selangor bakal membangunkan aplikasi khas menghadapi banjir bagi memudahkan penduduk negeri ini mendapat bantuan, kata EXCO perubahan iklim.

Hee Loy Sian berkata aplikasi itu dapat menghubungkan mereka dengan semua agensi dan sukarelawan berkaitan sekiranya berlaku bencana tersebut.

"Kerajaan Negeri akan mewujudkan satu aplikasi khas yang boleh digunakan rakyat sekiranya berlaku insiden banjir lagi.

"Aplikasi ini bertindak memudahkan rakyat mendapatkan bantuan dalam masa singkat daripada semua agensi dan sukarelawan terlibat,"katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil rakyat Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berhubung perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat menghadapi banjir.

Pada 18 Mei lalu, Kerajaan Negeri meluluskan penubuhan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negeri Selangor atau IklimSelangor.

IklimSelangor berperanan sebagai badan penasihat bagi membantu Kerajaan Negeri dalam merancang, melaksana dan memantau projek, selain cadangan penyelesaian isu yang timbul berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619